Demi Masa

Wednesday, July 20, 2011

Belajar buat Blog



Hari ni aku belajar buat blog lagi tapi secara formal walaupun nama tiada dalam senarai peserta kursus dalaman IKML. Itupun disebabkan oleh aku ketiadaan kelas hari ini. En. Ijan amat membantu dengan mengadakan kerusi meja tambahan pada aku sebabkan aku menjadi 'penyibuk ilmu'. Esok belum pasti.
Pada asalnya laptop aku ini menggunakan 'broadband' sendiri, tapi disarankan oleh Pengajar STKM En. Zulfadli n En. Syukri untuk menggunakan wireless IKM. Di 'install' sendiri oleh En. Syukri. Di'off'kan mula oleh En. Zul segala 'firewall' aku di dalam laptop ini disebabkan oleh segalanya diblok oleh Kapersky original aku. Alhamdulillah...

Cahayamata ku

Dengan keadaan yang agak sukar juga anak-anakku mengharungi demam campak sejak dari Ahad 17 Julai 2011. Masih keluar lagi luka-luka yang agak pedih bila ku mandikan mereka dan lapkan badannya. Aku terpaksa bercuti kecemasan selama dua hari bergiliran dgn isteri untuk menjaga mereka berdua.